Thursday, 30 November 2017

sup ayam ZAPA

Related image
(gambar hiasan)

BAHAN-BAHAN
  • Ayam
  • Serbuk bawang merah ZAPA 
  • Serbuk bawang putih ZAPA
  • Serbuk halia ZAPA
  • 1 sup bunjut
  • Carrot
  • Tomato
  • Kentang
  • Air
  • Garam
  • Daun sup
CARA MEMASAK
  1. Masuk kan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali totamo dan daun sup,lepas itu tutup periuk, buat api slow sahaja.
  2. Selepas mendidih masukkan tomato dan akhir sekali masukkan daun sup,siap.

ayam masak kicap

Image may contain: food

BAHAN-BAHAN :

Ayam

2 sudu besar minyak jagung
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelage
Serbuk bawang merah ZAPA *(bancuh dengan air)
Serbuk halia ZAPA *(bancuh dengan air)
Serbuk bawang putih ZAPA *(bancuh dengan air)
Serbuk serai ZAPA *(bancuh dengan air)
2½ sudu besar Sos Tiram 
4 sudu besar kicap pekat

BAHAN HIASAN :

4 batang cili merah,(dipotong serong)
100 g daun bawang,(dihiris)
2 biji bawang besar,(dipotong bulat)

CARA MEMASAK :

1. Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serbuk bawang merah, serbuk halia, serbuk bawang putih dan serbuk serai sehingga naik bau.2. Masukkan potongan ayam dan dikacau sekata.3. Kemudian masukkan Sos Tiram, kicap pekat, kicap cair dan gula serta kacau sampai semuanya bergaul rata dan ayam sudah betul-betul masak4. Akhir sekali masukkan cili merah, daun bawang dan bawang merah yang dipotong bulat sebelum dikacau sekali lagi dan siap.

Resepi mee goreng sedap.mudah.cepat

                                         Image may contain: food                                               
BAHAN-BAHAN
  • 1 1/2 sb serbuk bawang merah
  • 1/2 st serbuk bawang putih
  • 2 batang Cili hidup (mesin)
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • 3 sb kicap manis
  • Bahan rencah (udang, sotong, bebola ikan)
  • Sawi + taugeh
  • mee
CARA MEMASAK
  1. Bancuhkan serbuk bawang merah dan serbuk bawang putih dengan air,kemudian tumis sehingga naik bau,serta cili mesin.
  2. Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis dan gaul sehingga sebati selepas itu masukkan mee.
  3. Kemudian bahan rencah gaul sehingga masak.
  4. Dan terakhir masukkan sawi dan taugeh,siap untuk dihidang.
ps : Senang bukan dengan zapa...







Tuesday, 28 November 2017

Resepi Detox Z.A.P.A


BAHAN-BAHAN

  • 1/2 sudu teh serbuk halia ZAPA
  • 1/2 sudu teh serbuk serai ZAPA
  • 1 sudu makan madu
  • 2 slice lemon
  • 1 gelas air suam

CARA-CARA

  • Bancuh semua bahan-bahan diatas dan siap untuk diminum.(kalau tak tapis pun okay sebab serat2 serai dan serat halia tu sedap)



*mudah bukan dengan serbuk ZAPA....
*Sekarang dah mudah semua dlm bentuk serbuk....


TEH TARIK HALIA



BAHAN-BAHAN

  • Serbuk halia ZAPA
  • Susu pekat cair
  • Air
  • Serbuk teh

CARA-CARA

  1. Tuangkan air panas dalam mug kemudian masukkan sedikit sebuk teh dan kacau.
  2. Kemudian masukkan sebuk halia ZAPA dan susu pekat cair(ikut citarasa banyak mana) dan kacau.
  3. Siap untuk diminum.
jangan lupa tarikkkk sampai dia kuar buih-buih cinta...kaw-kaw punya tarikk baru sedappp :)

FACEBOOK ZAPA SPICES


Awak semua jangan lupa untuk follow up facebook kami https://www.facebook.com/SerbukZaPa/


Thursday, 23 November 2017

SERBUK ZAPA


SET SERBUK ZAPA


BAWANG MERAH
RM 15.90


BAWANG PUTIH 
RM 12.90


LENGKUAS
RM 9.00


HALIA
RM 9.00

SIAPA ZAPA?


Penubuhan PS Al-Fateh Enterprise adalah sebuah syarikat milik penuh  100% bumiputera. Syarikat ini menjalankan perniagaan pemprosesan SERBUK ZAPA.
Syarikat ini mula berdaftar  pada 16 Jun 2016, segala pemprosesan dan kajian pada awalnya di mulakan di rumah. Syarikat ini mula berpindah dan beroperasi di premis rumah kedai beralamat di MT 2915 (Tkt Bawah) Jalan Utama Bandar Baru Masjid Tanah, 78300 Masjid Tanah, Melaka pada 1 September 2016. Idea ini tercetus ketika menghadiri program BMC RBC tahun 2016 di bawah perkembangan idea dimana ia merupakan tahun terakhir program ini dijalankan. Kemahiran penghasilan produk adalah atas tunjuk ajar dan didikan dari beberapa agensi seperti MARDI, MARA, Peladang dan beberapa syarikat perkilangan seperti KASWADA Industri Sdn Bhd dan ANJAAD Industri Sdn Bhd.

S E R A I

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

K U N Y I T

Kunyit merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

L E N G K U A S

Lengkuas merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan, dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara.

B A W A N G P U T I H

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatandan masakan. [1]Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.

BAWANG MERAH


Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan tanaman semusim. Ia memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu.
Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin.

H A L I A


Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.
Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.

KENAPA ZAPA SPICES ?


Penghasilan produk serbuk masakan ini adalah bertujuan supaya setiap individu akan menjadikan aktiviti memasak ini adalah mudah dan menyeronokkan. Proses memasak jadi lebih mudah tanpa penggunaan ruang memasak yang luas. Dapur lebih kemas, jimat masa di dapur, jimat minyak, jimat gas, kualiti makanan lebih terjamin. Ruang penyimpanan yang minimum. Memasak ikut citarasa sendiri.
Atas keprihatinan terhadap masalah sosial zaman moden ini. Salah satu faktor penyumbang adalah makanan pembentuk akhlak peribadi individu dan peruntukkan masa berkualiti bersama keluarga tanpa perlu mengeluh untuk masak berjam jam di dapur.