BAHAN A
- 1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan
- 1 keping asam gelugor
- 4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam
- 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
- sedikit serbuk serai ZAPA (ikut citarasa)
- 2 helai daun kunyit - dimayang halus
- gula dan garam secukupnya
- air bila perlu
BAHAN B
- 30 biji cili padi kampung
- serbuk bawang merah ZAPA (ikut citarasa)
- serbuk bawang putih ZAPA (ikut citarasa)
- serbuk halia ZAPA (ikut citarasa)
- 1 inci kunyit hidup
- segenggam ikan bilis
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan B bersama dengan serbuk serai ZAPA dan bila sudah harum masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. Selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk.
2. Masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.
3. Masukan santan pekat kemudian kacau rata dan masukan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.
4. Akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

No comments:
Post a Comment