Friday, 29 December 2017

Ikan Bilis Tempe Goreng

Anda hanya perlukan kacang tanah, cili, kicap manis, tempe dan ikan bilis.
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan ikan bilis – digoreng 
  • 300g tempe – dihiris nipis dan digoreng rangup 
  • 3 sudu besar cili boh 
  • 1 sudu serbuk bawang merah – dibancuh dengan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak.
  2. Masukkan bawang merah,tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam.
  3. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya.

Roti John Zapa

Bahan-bahannya:
  • Roti 
  • Telur
  • Serbuk perasa
  • Lada putih
  • Daun sup
  • Serbuk bawang putih Zapa
  • Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
  • Kobis yang diracik halus

Cara-cara membuatnya:

  1. 5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, serbuk bawang putih dan lada putih.
  2. Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar.
  3. Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.