Friday, 29 December 2017

Ikan Bilis Tempe Goreng

Anda hanya perlukan kacang tanah, cili, kicap manis, tempe dan ikan bilis.
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan ikan bilis – digoreng 
  • 300g tempe – dihiris nipis dan digoreng rangup 
  • 3 sudu besar cili boh 
  • 1 sudu serbuk bawang merah – dibancuh dengan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak.
  2. Masukkan bawang merah,tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam.
  3. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya.

Roti John Zapa

Bahan-bahannya:
  • Roti 
  • Telur
  • Serbuk perasa
  • Lada putih
  • Daun sup
  • Serbuk bawang putih Zapa
  • Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
  • Kobis yang diracik halus

Cara-cara membuatnya:

  1. 5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, serbuk bawang putih dan lada putih.
  2. Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar.
  3. Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.

Monday, 18 December 2017

Penggemar Seafood

Hai semua 😍😏😍😍...

Hari ni min update masakan seafood sahaja.Hmmm mesti ada yang terfikir-fikir nak masak apa hari kan jangan risau hari ni min tapau resepi.Jadi kepada penggemar seafood bolehlah cuba resepi dari min tapi pastikan awak semua menggunakan SERBUK ZAPA,mudah bukan dengan zapa.Yang cepat dan jimat.....

#zapakanjerr
#sukamasakingatzapa
#mudahjimatcepat
#serbukzapa
#seafood





Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!












Makanan Laut :

Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan (terpulang lah nak isi ikan apa)


  • Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.Dah masak angkat dan ketepikan.

Bahan Sayur-sayuran :


Jagung manis - potong 3
Brocoli - di potong kecil
Kentang - potong wages atau belah 4
Carot - hiris bulat
Bunga kubis - potong kecil

  • Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah 

Bahan A (~ di kisar)

20 tangkai cili kering ( ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
1 inc belacan
1 gengam udang kering (~ rendam lembut)
  • Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus.
Bahan B - di tumis

Serbuk bawang putih ZAPA
Serbuk bawang merah ZAPA
Serbuk halia ZAPA
5 tangkai daun kari - di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi - di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
Serbuk serai ZAPA
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C - perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara - caranya :

  1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
  2. Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
  3. Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi.
  4. Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
  5. Kemudian baru masukkan garam (berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin)
  6. Biarkan kuah merenih sebentar.Angkat dan masukkan dalam periuk lain
  7. Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
  8. Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
  9. Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
  10. Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat (Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain).
  11. Sayur-sayuran masak sekali berasama sotong dan udang. Yang lain tak letak sayur. 
  12. Jagung dan kentang tak masak dengan kuah,biarkan sahaja di rebus begitu.

NASI GORENG SEAFOOD



Bahan-bahan :

  • Nasi putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih  
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar serbuk bawang merah 
  • Dada ayam
  • Sosej (dipotong kecil)-digoreng dahulu
  • 10 ekor udang - di buang kulitnya (cuma tinggal ekor)
  • sos tiram 
  • kicap sotong (thai)
  • pes cili (campuran cili padi, cili merah dan belacan yang di kisar)
Cara Membuat : 

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi(bancuh dengan air), masukkan telur kacau rata hingga masak. 
  2. Masukkan sotong dan dada ayam, kacau hingga separuh masak dan masukkan pes cili.
  3. Masukkan nasi, kacau rata. Masukkan juga sos tiram dan kicap sotong.
  4. Masukkan sosej yang digoreng tadi kemudian kacau lagi sehingga nasi benar-benar masak n sebati.Dan siap!!!

Udang Panggang

Udang Panggang


Bahan -bahan :

  • 1/2 kg udang(dibersihkan dan toskan)
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih ZAPA
  • 1 sudu kecil serbuk halia ZAPA
  • 1 sudu besar butter
Cara-caranya:
  1. Udang diperapkan dengan semua bahan diatas selama 20 minit
  2. Kemudian gaulkan bersama butter biarkan 5 minit
  3. Setelah diperap,bakar udang tersebut dalam suhu 190c selama 30 minit,dan siap untuk dimakan

Butter milk shrimp

Butter milk shrimp





Bahan-bahan:

  • udang
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung
  • Garam


Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung, gaul sebati. Salut udang dengan tepung jagung dan goreng sehingga masak. Ketepikan


Untuk sos butter milk:
  • 1/2 ketul butter
  • 1 sudu kecil bawang putih ZAPA(dibancuh dengan air)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus, suka pedas boleh tambah lagi)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • Gula & garam secukup rasa


Cara-cara:


  1. Cairkan butter, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan air, biarkan mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  2. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan biarkan mendidih sehingga sos menjadi pekat.
  3. Tak perlu tambah tepung jagung untuk pekatkan sos sebab kita dah goreng udang tadi dengan tepung jagung 😋 siap!

KUPANG MASAK HALIA BERSAMA ZAPA

Assalammualaikum semua 😋😋😋😋.....hari ni min nak kongsi resepi kupang masak halia...baca pun dah rasa sedap👍👍👍👍,belum masak lagi ni...bawah ni min ada sediakan resepi zapa,selamat mencuba
 😍😍😍


Bahan-bahan :

  • 1kg kupang(dibersihkan dahulu)
  • serbuk halia zapa
  • serbuk bawang merah zapa
  • serbuk putih zapa
  • 4-6 biji cili padi(diketuk)
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/3 sudu kecil serbuk kunyit zapa
  • garam(sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin)
Cara memasak :
  1. Tumis serbuk halia,bawang merah,bawang putih(bancuh halia,bawang merah,bawang putih dengan air dahulu),cili padi
  2. Kemudian masukkan sos tiram,kicap manis,serbuk kunyit zapa dan garam(sedikit sahaja)
  3. Akhir sekali masukkan kupang dan kacau sebati,tutup dan biarkan selama 15 minit.
  4. Siapppp!!!makan dengan nasi putih 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍