Terbaik Dari Ladang
Di ZAPA Spices, kami memastikan hanya bahan - bahan asli yang terpilih digunapakai di dalam penghasilan produk-produk kami. Tanpa perasa dan pewarna tiruan. Menjadikan masakan anda lebih lazat dan kaya dengan khasiat semulajadi sangat sesuai dihidangkan untuk anak-anak yang suka memilih sewaktu makan.
Mudah:
Pengalaman Memasak Yang Menyenangkan
Kerja-kerja memasak kini lebih mudah dengan produk bermutu daripada ZAPA. Hanya tambahkan produk keluaran ZAPA ke dalam masakan dan minuman seharian anda bagi perolehi nikmat kelazatannya - sama seperti menggunakan bahan asli semulajadi. Malahan anda akan merasa nikmat aroma yang lebih menepati selera.
Cepat:
Sesuai Buat Keluarga Kontemporari
Produk ZAPA adalah produk inovasi penyelesaian masalah memasak di dapur pada zaman moden yang mencabar ini. Bukan saja mudah, malahan lebih cepat dan menjimatkan masa - sesuai bagi wanita berkerjaya yang ingin mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dengan 'air tangan' sendiri - sangat dialu-alukan bagi mereka yang kurang arif memasak dan yang sangat mahir memasak bagi memvariasikan hasil masakan seharian anda - utk pelajar IPT menjimatkan kos makan di luar - mudah dibawa dan dimasak ketika merantau di luar negara, kini kenikmatan masakan Asia boleh dirasai dimana-mana sahaja.
Halalan Toyyiban:
Bersih & Suci
Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah bagi kami di ZAPA untuk membawakan kepada anda pilihan-pilihan keperluan asas makanan yang halal, bersih dan toyyibah. Penghasilan serbuk zapa juga mengikut kualiti pemakanan yang telah ditetapkan. Masih mengekalkan rasa dan fakta nutrisi makanan seperti bahan mentah asal.
Penggunaan masa masak yg pendek, memastikan wanita sentiasa cantik luar dan dalam. Penggunaan produk ZAPA berkualiti dan bermutu tinggi mengekalkan khasiat bagi tubuh badan, tinggi serat memudahkan sistem penghadaman, kaya nutrien dan zat penting mengelakkan penyakit merbahaya bagi jangka masa panjang. Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih walaupun memasak 2 3 masakan sekali.
No comments:
Post a Comment