Monday, 18 December 2017

Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!












Makanan Laut :

Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan (terpulang lah nak isi ikan apa)


  • Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.Dah masak angkat dan ketepikan.

Bahan Sayur-sayuran :


Jagung manis - potong 3
Brocoli - di potong kecil
Kentang - potong wages atau belah 4
Carot - hiris bulat
Bunga kubis - potong kecil

  • Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah 

Bahan A (~ di kisar)

20 tangkai cili kering ( ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
1 inc belacan
1 gengam udang kering (~ rendam lembut)
  • Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus.
Bahan B - di tumis

Serbuk bawang putih ZAPA
Serbuk bawang merah ZAPA
Serbuk halia ZAPA
5 tangkai daun kari - di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi - di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
Serbuk serai ZAPA
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C - perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara - caranya :

  1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
  2. Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
  3. Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi.
  4. Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
  5. Kemudian baru masukkan garam (berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin)
  6. Biarkan kuah merenih sebentar.Angkat dan masukkan dalam periuk lain
  7. Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
  8. Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
  9. Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
  10. Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat (Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain).
  11. Sayur-sayuran masak sekali berasama sotong dan udang. Yang lain tak letak sayur. 
  12. Jagung dan kentang tak masak dengan kuah,biarkan sahaja di rebus begitu.

No comments:

Post a Comment